7 PANDUAN SAMBUNG BELAJAR di SEMENANJUNG Malaysia
---------------------------------
1. Pengangkutan
Bagi hari pertama mendaftar di
universiti, kebanyakan universiti ada menyediakan perkhidmatan bus untuk
pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak dari lapangan terbang ke kampus atau
kolej kediaman. Pelajar boleh berhubung dengan pihak universiti atau pihak
bertanggungjawab (rujuk pada surat tawaran) terlebih dahulu untuk dapatkan
kepastian dari segi jadual atau waktu perjalanan bus tersebut.
Pengangkutan dalam kampus -
majoriti universiti mengamalkan polisi melarang pelajar tahun pertama membawa
motosikar atau kereta ke dalam kampus bagi mengelakkan kesesakan dan ketiadaan
tempat parkir di kampus.
Sekiranya kolej kediaman
(asrama tempat tinggal) anda jauh dari fakulti, jangan risau kerana pihak
universiti ada menyediakan perkhidmatan bus untuk pelajar. Bahkan bus
universiti ini juga ada bergerak untuk mengambil dan menghantar pelajar yang
tinggal di luas kampus (pelajar tahun kedua dan seterusnya yang menyewa bilik
atau rumah di luar kampus).
Bus
universiti
Kredit
foto : MPP Uitm Johor
2. Sesi Orientasi
Setiap universiti ada
mengadakan sesi orientasi atau minggu haluan siswa bagi siswa dan
siswi yang mendaftar masuk ke universiti. Adalah penting untuk anda
mengikuti sesi orientasi ini, bukan sahaja membantu memperkenalkan anda dengan
sahabat baru, senior-senior, persekitaran kampus, tetapi juga melancarkan lagi
pendaftaran anda sebagai pelajar baru di universiti.
Pelajar juga akan mengikuti
pelbagai siri taklimat dari universiti, majlis perwakilan pelajar, wakil
fakulti dan sebagainya.
Minggu
Haluan Siswa UTHM 2015/2016
Kredit
Foto : MPP UTHM
3. Penginapan
Pelajar tahun pertama selalunya
diwajibkan tinggal di kolej kediaman dan berkongsi bilik dengan pelajar-pelajar
yang lain. Kebiasaanya 2 hingga 4 orang pelajar berkongsi 1 bilik bergantung
pada kolej kediaman dan saiz bilik.
Salah
sebuah kolej kediaman di Universiti Malaya
Kredit foto
: Universiti Malaya
4. Tempat Makan
Dahulu kolej-kolej kediaman ada
menawarkan pakej makanan (sarapan, makan tengahhari dan makan malam) dengan
harga yang agak murah.
Tapi majoriti kolej kediaman di
universiti sudah tidak menawarkan pakej sebegitu. Hari ini, kebanyakan
kolej menyewakan tempat kepada pengusaha makanan membuka kafe bagi
membolehkan pelajar-pelajar menjamu selera.
Begitu juga di fakulti, ada
kafe untuk pelajar-pelajar bersarapan dan makan tengahhari. Jadi, pelajar kena
buat perbelanjaan sendiri, berapa yang mahu dibelanjakan untuk sarapan, makan
tengahhari dan makan malam.
Sebahagian kolej kediaman juga
mempunyai kedai rucit untuk beli barang atau produk keperluan harian.
5. Kelengkapan Belajar
Pakaian -
majoriti universiti hanya mengenakan pakaian yang kemas untuk mengikuti kuliah,
melainkan untuk universiti atau fakulti tertentu seperti pendidikan
menuntut pelajar berpakaian formal. Jadi, survey dahulu atau tanya pada
kawan-kawan yang pernah mengambil kursus yang sama di universiti tersebut
sebelum anda membeli pakaian yang baru bagi mengurangkan perbelanjaan yang
tidak perlu.
Buku -
untuk permulaan semester, pelajar sebenarnya masih kabur tentang subjek yang
akan dipelajari. Jadi, memadai beli buku catatan, masuk dan ikuti kuliah
terlebih dahulu. Pensyarah akan rekomenkan buku atau sekiranya perlu membeli
apa-apa buku rujukan, dan di universiti juga mempunyai perpustakaan dimana
majoriti buku yang diperlukan boleh dijumpai. Selain itu, pelajar juga boleh
layari pangkalan data jurnal untuk dapatkan artikel jurnal yang berkaitan
dengan topik yang mahu dipelajari.
Laptop -
Membeli laptop baru sememangnya jadi trend di universiti, terutama
pelajar-pelajar baru. Ada yang membeli kerana keperluan, ada juga yang membeli
kerana semua kawan-kawan yang lain ada laptop sendiri. Keputusan mahu beli atau
tidak bergantung pada diri anda sendiri. Cuba selidiki dahulu, untuk semester
pertama ini apakah anda teramat perlukan laptop. Ambil tahu juga sama ada anda
ada kewangan yang cukup atau tidak. Sekiranya sudah beli laptop baru, cukupkah
baki wang yang ada untuk menampung kos hidup sepanjang semester.
6. Kuliah & Tutorial
Apabila sudah masuk universiti
ini, pelajar memang harus belajar berdikari, belajar melakukan semua perkara
sendiri seperti basuh pakaian sendiri, kemas bilik dan sebagainya. Bagi pelajar
yang pernah menginap di asrama ketika belajar di sekolah, ini bukalah masalah
yang besar bagi mereka.
Selain itu, tempoh kuliah
bagi 1 semester di unversiti adalah 14 minggu dan sepanjang 14
minggu ini pelajar perlu mengikuti kuliah dan kelas tutorial serta menyiapkan
pelbagai tugasan. Jadi, kena pandai-pandai agihkan masa dan atur jadual
sendiri.
7. Kewangan
Dari pengalaman lepas, aspek
kewangan cukup penting terutamanya bagi kita yang berasal dari keluarga yang
bukan berada, sebab menuntut di universiti ini banyak juga yang kena dibayar
seperti yuran pengajian, sewa penginapan kolej, makan dan minum, kelengkapan
belajar, yuran keahlian kelab, jamuan kolej, fakutli, persatuan (selalunya
akhir semester) dan sebagainya.
Jadi, sumber kewangan
penting untuk menyokong pengajian anda selama 3 hingga ke 4 tahun di
unversiti. Sekiranya tidak layak mendapatkan apa-apa tajaan atau biasiswa,
boleh dapat pinjaman PTPTN. Selain itu, rujuk juga laman
sesawang Yayasan Sabah, Yayasan Sarawak yang ada menawarkan pelbagai jenis
pinjaman atau biasiswa kepada pelajar.
Terakhir
sekali, universiti-unversiti ini juga ada persatuan pelajar Sabah dan
Sarawak yang menjaga kebajikan anak-anak Borneo serta mengadakan pelbagai acara
dan aktiviti untuk pelajar Borneo serta festival tahunan berkaitan dengan
Borneo. Antaranya adalah seperti Borneo Culture Festival di Universiti Utara
Malaysia(UUM), Festival Bayu Kenyalang di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Credit to:Borneodihatiku.com